Kita sebagai manusia dikurniakan kelebihan akal fikiran untuk berfikir secara baik.Jika kita berhadapan dengan sesuatu perkara yang tidak kita ketahui,kita tidak boleh terus menerima perkara tersebut secara bulat-bulat.Kita perlukan akal fikiran kita untuk berfikir mengenai perkara yang berlaku tersebut secara logik akal.Tetapi,pada zaman dunia serba moden ini kita secara amnya terlalu sibuk dengan urusan kerja dan peribadi masing-masing dan seterusnya hanya menerima sahaja sesuatu perkara yang kita terima tanpa menilai terlebih dahulu perkara tersebut baik atau buruk.
Tidak guna jika kita berpelajaran tinggi hingga ke peringkat universiti,ataupun ada kelulusan Doktor Falsafah jika kita menjadi seperti kebanyakan orang sekarang ini yang menerima bulat-bulat segala maklumat yang mereka terima dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka.Di dalam hidup,ada baik dan buruk.Itu sudah suatu lumrah.Tiada benda atau perkara yang hanya baik semata-mata tanpa ada walau sekelumit pun keburukan pada perkara tersebut.
Anda ada akal fikiran dan jangan jadi seperti kebanyakan orang lain di luar sana yang tidak mampu berfikir secara logik.Jangan terima dengan mudah sesuatu perkara dan hanya jadi “pak turut”.Buat sedikit kajian tentang sesuatu perkara tersebut,cari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai.Buat perbandingan dan ketahuilah bahawa jika anda terus mencari tentang kebenaran sesuatu perkara,insyaallah Allah akan permudahkan bagi anda untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Sesungguhnya,kita sekarang adalah umat di akhir zaman di mana pada zaman ini penuh dengan fitnah hingga kita sendiri tidak dapat membezakan mana yang batil dan mana yang benar.Gunakan dengan sebaik mungkin akal fikiran yang ada untuk berfikira secara logik dan lebih mendalam berkenaan kesahihan sesuatu perkara tersebut.Semoga anda temui kebenaran tersebut.