Skip to content

Buat Bisnes Separuh Masa di Shopee

Shopee merupakan laman web e-dagang yang paling popular di Malaysia dan kebanyakan rakyat Malaysia banyak berbelanja di Shopee kerana dalam shopee banyak barang-barang yang anda mahu boleh didapati di sini dengan harga yang murah dan berpatutan.Saya sendiri suka berbelanja di Shopee kerana sesetengah barang harga lebih murah jika didapati dari kedai biasa.Tambahan lagi,kebanyakan barang di shopee tidak dijual di kedai-kedai biasa.

Tetapi terfikirkah anda sampai bila hendak menjadi pembeli di shopee? Apa kata anda cuba menjadi seorang penjual separuh masa tanpa ganggu tugas hakiki anda.Saya sendiri baru belajar dan mencuba untuk menjual di shopee.Boleh kata tidak sampai setahun jagung bermula.Untuk bermula berniaga di shopee perlukan ilmu dan panduan yang betul.Saya pun sekarang masih lagi mencari-cari rentak dalam bisnes shopee ini.Tidak semua yang bermula membuat bisnes di shopee ini akan berjaya,kerana banyak liku-liku bisnes yang anda kena hadap.

Anda tidak perlu risau di mana untuk mencari maklumat dan ilmu yang betul tersebut kerana saya sendiri akan mendedahkannya kepada anda apa yang saya pelajari berkenaan bisnes shopee ini.Bagi saya tidak salah untuk berkongsi ilmu yang ada kerana di hadapan anda setelah anda mula nanti dengan bisnes shopee,cabaran yang paling besar adalah dalam melakukan proses marketing ke atas kedai shopee anda.Berkenaan marketing ini tidak banyak yang orang ingin dedahkan kerana marketing adalah kunci kepada sesebuah bisnes.Jika teknik marketing adalah sama,anda akan mempunyai banyak pesaing dan ini tidak berapa bagus untuk bisnes anda yang baru bermula.

Nantikan tips dan info yang akan saya kongsi untuk post yang akan datang….