Skip to content

Buat Duit RM9-12 Per Jam Dengan Kerja Separuh Masa

Anda anda kerja tetap tetapi berminat untuk menjana pendapatan secara separuh masa? Atau anda bosan dengan kerja tetap anda sekarang dan mahu lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan bidang tugas anda dan mahu bekerja di dalam suasana yang baru dan tidak pernah anda lakukan sebelum ini? Nampak menarik kan! Tahukah bahawa anda juga boleh buat duit sebanyak RM9 ke RM 12 per jam dengan hanya membantu kerja orang lain dan dalam masa yang sama mencabar diri anda membuat sesuatu yang baru? Memperkenalkan aplikasi GoGetter di mana anda akan dibayar untuk masa dan kerja yang anda buat! Yang penting tidak perlukan pendidikan tinggi dan modal yang besar untuk bermula.Hanya beri komitmen anda untuk belajar tutorial dan guidelines GoGetter dan anda sudah boleh mula menjana pendapatan sehingga RM100 sehari!

Kebanyakan rakyat Malaysia lebih biasa dengan apps seperti Grab,Foodpanda dan Lalamove tetapi tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan apps GoGetter ini.Apps Gogetter ini adalah sama seperti apps delivery yang lain cuma yang membezakannya ialah anda mempunyai pilihan untuk melakukan kerja yang di luar bidang dispatch iaitu kerja Helper.Review saya pada kali ini lebih pada untuk jana duit melalui kerja Helper di GoGet.Di dalam GoGet banyak kerja Helper yang anda boleh lakukan seperti personal helper,promoter,flyering,floor staff,event helper,manning booth,pickers & packers dan lain-lain.Lihat jenis kerja yang anda boleh pilih seperti di bawah.

Pengalaman saya sendiri melakukan kerja helper pickers & packers untuk warehouse pakaian,saya dibayar sehingga RM12/jam.Untuk kerja yang saya buat memerlukan saya untuk bekerja selama 2 hari (9 jam sehari bekerja) dengan waktu rehat.Keseluruhan bayaran yang saya dapat secara kasar ialah RM216 (belum ditolak komisen 20% dari GoGet).Bagi saya,dapat duit tepi sebanyak itu pada hujung minggu dengan melakukan kerja yang tidaklah terlalu sukar adalah berbaloi,cuma anda perlu korbankan masa & tenaga anda untuk melakukannya.Lihat penyata pendapatan dalam apps GoGetter yang saya dapat seperti di bawah.

Completed Jobs dalam GoGetter

Pengalaman saya sendiri melakukan kerja Pickers & Packers bagi warehouse pakaian ini adalah sesuatu yang baru.Saya memulakan kerja seawal pukul 9 pagi dan terus tekan START syif pada apps GoGetter.Hari pertama bekerja,saya diberi orientasi mengenai kerja yang perlu dibuat dan selepas itu saya boleh terus bermula.Kerja utama yang saya buat untuk pickers & packers pakaian ini ialah:

  • Menyusun plastik pakaian mengikut saiz di kabinet penyimpanan pakaian
  • Memeriksa saiz/kod/warna pakaian adalah betul dan seterusnya memasukkan pakaian tersebut ke dalam plastik pembungkusan dan peknya dengan kemas mengikut jenis courier pada airwaybill order (plastik pembungkusan yang siap di pek akan diposkan kepada pelanggan)
  • Menyusun stok pakaian baru dan mengumpulkannya mengikut saiz
  • Melipat dan pek stok pakaian baru ke dalam plastik
  • Dan lain-lain…

Saya yakin jika anda melihat senarai tugas pickers & packers ini anda juga boleh membuatnya.Anda tidak perlu risau tidak tahu kerana semasa anda membuat kerja,ada staff tetap di situ yang akan membantu anda dan anda hanya perlu bertanya jika tidak tahu.Syif kerja saya habis pada jam 6 petang dan akhirnya cukup 9 jam bekerja dan saya boleh END syif pada aplikasi GoGetter.Seterusnya sambung kerja ini untuk hari kedua dan jika 2 hari telah selesai anda sudah boleh claim duit anda untuk kerja ini.Sila maklum bahawa jumlah hari dan jam bekerja bergantung kepada jenis kerja yang anda pilih.

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui GoGetter,sila daftar dahulu dengan download aplikasi ini di Playstore dan taip GoGetter.Semasa mendaftar,anda masukkan kod rujukan GoGetter saya iaitu MOHD8265.Seterusnya anda perlu membayar yuran pendaftaran untuk training online GoGetter sebanyak RM25.Selepas training anda perlu menjawab soalan exam di dalam aplikasi tersebut dan anda perlu lulus markah yang ditetapkan oleh pihak GoGetter,setelah itu baru anda boleh bermula melakukan pelbagai jenis kerja di dalam aplikasi tersebut.Harap maklum bahawa training dan exam di dalam aplikasi tersebut kesemuanya di dalam bahasa inggeris.Bagi exam,jika anda tidak pass anda boleh ulang kaji balik video tutorial dan jawab sekali lagi soalan exam tersebut hingga berjaya.Selamat menjadi seorang GoGetter! Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen.Terima kasih dan selamat menjana pendapatan secara separuh masa.