Skip to content

Cara Link Domain Name Dengan Hosting

Anda telah beli domain name pilihan anda.Dengan mempunyai domain name anda telah melebarkan sayap jaringan ke serata dunia dan semua orang di atas planet bumi ini boleh mengunjungi domain name anda.Tetapi memiliki domain name sahaja tidak mencukupi kerana anda perlukan hosting untuk meletakkan domain name anda tersebut.Contoh mudah hosting adalah rumah anda dan domain name adalah nombor rumah anda.

Tutorial saya pada kali ini ialah untuk link domain name yang telah anda beli dengan hosting.Di sini,syarikat domain name yang saya gunakan ialah Namecheap dan hosting yang saya gunakan ialah Hostgator.Jika anda mempunyai melanggan domain name dan hosting dengan syarikat yang sama,proses ini akan menjadi lebih mudah.

1.Login syarikat laman web domain name yang anda beli.Di sini saya gunakan Namecheap.Pada bahagian menu utama di sebelah kiri,klik pada bahagian Domain List dan semua domain name yang telah anda miliki akan keluar.

2.Cari nama domain name anda dan klik pada bahagian MANAGE pada butang paling kanan.

3. Pada bahagian Nameservers di Domain,pilih Custom DNS dan masukkan nama nameserver hosting anda.Nameserver ini ada dua dan masukkan kedua-duanya di ruang tersebut.Untuk mengetahui nama nameserver hosting anda,anda boleh menyemak maklumat ini di dalam email/akaun hosting anda.Kebiasannya maklumat ini ada semasa anda mula-mula mendaftar hosting.Jika tiada,anda boleh berhubung dengan penyedia hosting anda dan bertanyakan kepada pihak mereka.

Contoh nameserver hostgator ialah ns1234.hostgator.com / ns1235.hostgator.com

4.Klik save/done bila selesai.Anda perlu tunggu dalam beberapa minit untuk memberi masa kepada domain name anda untuk berhubung dengan nameserver hosting.

Selamat link domain name baru anda dengan hosting.