Anda pertama kali dapat bankers cheque yang tertulis nama anda? Memang teruja apabila pertama kali pegang cek dan dapat duit dari cek ini.Anda mesti tiada pengalaman untuk tunaikan duit pada cek tersebut.Saya paham perasaan anda kerana saya juga melalui situasi yang sama seperti anda.

Sekarang semua bank mempunyai mesin deposit cek ini.Syarat untuk cara kedua ini ialah anda perlu pergi ke bank di mana duit tersebut ingin ditunaikan atau dimasukkan.Contoh jika anda dapat cek dari Bank Islam dan ingin masukkan duit tersebut ke akaun bank Cimb,jadi anda perlu ke mesin deposit cek Cimb.Untuk melakukan transaksi ini anda perlu menulis Depositor’s Particular iaitu nombor akaun,nama dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek.Pastikan tulisan anda adalah jelas dan boleh dibaca.

Seterusnya ikuti panduan pada mesin deposit cek dan seterusnya masukkan cek tersebut ke dalam mesin.Simpan resit yang keluar untuk bukti deposit cek.Pengalaman saya menggunakan mesin deposit cek Cimb adalah mudah kerana anda tidak perlu tekan nombor akaun di skrin dan hanya perlu ikuti langkah mudah pada skrin mesin dan terus masukkan cek anda.Untuk cara ini duit tersebut akan mengambil masa selama 2 ke 3 hari untuk masuk ke akaun bank pilihan anda.Ini kerana cek tersebut akan floating di dalam akaun anda selama 2 ke 3 hari dan jika anda mempunyai akaun bank online,anda boleh melihat duit tersebut float.Lepas habis hari untuk float tersebut,baru duit betul-betul akan masuk ke dalam akaun.Sila lihat imej di bawah pada bahagian Cheque Float.

Seterusnya anda dapat lihat duit masuk ke dalam akaun anda jika anda semak transaksi online selepas habis tempoh cheque float tersebut seperti di bawah

Selamat menunaikan cek ke dalam akaun bank anda!