Skip to content

Ilmu Akhir Zaman Itu Palsu???

Menjadi seorang manusia yang berada di akhir zaman perlukan satu ilmu akhir zaman atau boleh dipanggil eskatologi.Tidak dinafikan apabila kita berada pada zaman serba moden ini,kita mempunyai banyak sumber maklumat dan ilmu sehingga diri kita sendiri lupa untuk mencari ilmu akhir zaman ini.Apabila kita tidak mempunyai ilmu ini,diri kita akan terdedah kepada fitnah dan penipuan yang berlaku di akhir zaman ini.

Mereka yang tidak mengendahkan mengenai ilmu akhir zaman akan menjadi satu golongan yang akan menafikan apa yang dikatakan oleh golongan mereka yang mengkaji berkenaan ilmu ini.Tidak ramai yang sanggup menjadi golongan pengkaji ilmu akhir zaman ini kerana golongan ini akan digelar teori konspirasi.Mereka yang tidak mempunyai ilmu akhir zaman akan menafikan sekeras kerasnya maklumat yang disampaikan oleh mereka yang berada dalam golongan teori konspirasi ini,tanpa mahu memahami dan mengkaji sendiri maklumat tersebut.

Sedangkan maklumat yang diberi oleh golongan teori konspirasi ini mempunyai kebenaran sebenar yang hanya perlu dikaji sedikit untuk memahaminya.Jika terus menafikan segala maklumat yang benar,nescaya tidak akan muncul kebenaran itu di mata-mata mereka yang anti kepada golongan teori konspirasi ini.Amat pahit apabila berada di pihak yang benar ini kerana itulah kebenaran yang sebenar,sedangkan apa yang nampak macam realiti di dunia ini adalah satu penipuan terancang yang sedang berlaku dan penipuan itu nampak tiada sebarang keburukan.Itulah fitnah yang mahu dielakkan di akhir zaman ini.