Skip to content

Kita Berada Dalam Dunia Akhir Zaman

Saya bukanlah pakar untuk mengulas mengenai dunia akhir zaman,tetapi saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan baca mengenainya.Sedar tidak sedar,kita sekarang adalah golongan mereka yang berada pada dunia akhir zaman.Bercakap mengenai akhir zaman,kita sebagai penduduk di muka bumi ini tidak terlepas dari satu dugaan yang paling besar di akhir zaman ini iaitu FITNAH.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,fitnah ialah tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.Tetapi di zaman serba moden ini,fitnah menjadi tersembunyi dan sukar untuk membezakan fitnah tersebut dengan perkara yang benar.Untuk mengetahui samada fitnah itu benar atau tidak,kita perlu merujuk kepada mereka yang pakar dan arif dan mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada sumber yang sahih dan dipercayai barulah fitnah itu akan nampak dengan mata yang kasar.Anda boleh lihat sendiri keadaan di sekeliling anda sekarang ini,siapakah yang anda percaya dan siapakah yang anda tidak percaya jika fitnah itu datang di depan anda.

Merujuk kepada agama Islam,untuk mengelak fitnah di akhir zaman ini kita perlu mengamalkan membaca surah Al-Kahfi.Surah ini mampu menjadi benteng pertahanan kita daripada terkena fitnah dajjal di akhir zaman ini.Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri dan mereka di luar sana,untuk beramal dengan surah ini dan menghayati kisah di sebalik surah Al-Kahfi ini.Jika mempunyai masa terluang,boleh cari video di youtube oleh ustaz-ustaz dan mereka yang alim ulama mengenai kelebihan surah ini.