Lagu GILA telah memenangi anugerah Juara Lagu.Jika diamati lirik lagu ini adalah menarik dan penuh dengan maksud tersirat.Bagi pandangan saya,lagu ini adalah satu isyarat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai keadaan dunia sekarang ini dan juga di Malaysia secara khasnya.Mereka yang menulis lirik lagu ini mungkin mempunyai pengertian yang berbeza dengan saya.
Jika dilihat bait lirik lagu yang telah saya bulatkan merah itu,bagi saya maksud lirik tersebut sangat mendalam.Bagi saya,di sini adalah kebenaran yang sebenar di mana dunia kita sekarang memang penuh dengan penipuan.Jika anda mengkaji sejarah sesuatu peristiwa berlaku,anda akan paham mengenai penipuan yang sedang berlaku di atas dunia ini.Lagu ini memang satu “WAKE UP CALL” terutama kepada rakyat Malaysia supaya sedar dan jangan mudah tertipu dengan propaganda yang hanya nampak indah belaka.
Berhibur seperti mendengar lagu walaupun hanya untuk mengisi masa lapang kita,boleh dimanfaatkan untuk menghayati makna di sebalik lirik lagu tersebut.Cuba kaitkan lirik tersebut dengan kehidupan kita dan anda akan mengetahui kebenaran di sebalik lirik lagu tersebut.Yang penting,walaupun dunia sekarang penuh dengan penipuan,anda hendaklah sentiasa menjadi kuat untuk menghadapi cabaran ini dan jangan biarkan diri sendiri menjadi GILA kerana mereka yang tabah untuk menghadapi semua ini adalah mereka yang betul-betul kuat jati diri mereka.