Skip to content

Masalah Duit Tidak Keluar Di Mesin ATM & Duit Telah Potong

Anda pernah mengalami masalah seperti ini iaitu pergi ke mesin ATM untuk mengambil duit tetapi duit yang anda mahu keluarkan tidak berjaya dan hanya keluar status ERROR di skrin mesin ATM dan selepas itu anda dapat resit.Memang kecewa bila jadi masalah seperti ini.Bertambah kecewa lagi bila tidak lama kemudian anda cek status transaksi di online banking anda dan dapati duit yang tidak berjaya anda keluarkan itu telah dipotong dari akaun bank anda.Alamak!

Jika anda mengalami masalah seperti ini anda tidak keseorangan kerana saya percaya telah ramai yang mengalami masalah ini seperti saya sendiri.Pengalaman saya sendiri,resit transaksi pengeluaran tersebut itu telah saya buang dan saya tiada bukti yang pengeluaran tersebut tidak berjaya.Untuk masalah ini,walaupun resit telah tiada tetapi masalah ini boleh diselesaikan.Ikuti langkah berikut:

1.Pertama sekali,anda perlu cek bank mana mesin ATM tersebut dan pengeluaran dilakukan dari kad bank bagi mesin ATM yang sama atau tidak.Bagi kes saya,pengeluaran duit menggunakan kad bank CIMB BANK dan pengeluaran dilakukan di mesin ATM BSN.

2.Seterusnya,saya hanya perlu hubungi customer careline CIMB BANK dan beritahu masalah saya tersebut (Jika kad bank yang anda gunakan selain CIMB seperti Maybank,Ambank,BSN dan lain-lain,anda perlu hubungi customer careline bank tersebut).

3.Pihak bank akan melakukan beberapa verifikasi untuk mengesahkan akaun anda dan akan menyemak transaksi yang dilakukan.Anda hanya perlu sahkan transaksi tersebut dilakukan pada tarikh dan masa yang betul.

4.Pihak bank akan membantu anda dengan menyemak transaksi tersebut dengan bank mesin ATM yang berkenaan dan jika bank mesin ATM tersebut telah melakukan proses balancing duit di mesin ATM dan mendapati ada duit yang terlebih,duit tersebut sudah pasti adalah duit anda.

5.Pihak bank akan menghubungi anda dan memasukkan kembali duit anda tersebut ke dalam akaun anda.Perlu maklum di sini,proses ini memakan masa yang agak lama sehingga 30 hari.Ini mungkin kerana melibatkan bank yang berlainan.Kalau melibatkan bank yang sama,proses ini boleh menjadi lebih cepat.Pengalaman saya sendiri,proses ini cepat juga dan tidak sampai pun sehingga 2 minggu.

Semoga post ini membantu dan selamat mendapatkan kembali duit anda!

31 thoughts on “Masalah Duit Tidak Keluar Di Mesin ATM & Duit Telah Potong”

  1. Hi! Nak tanya, adakah memang mengambil masa 30 hari untuk duit dikembalikan atau ianya hanya masa maksimum yang ditetapkan oleh pihak bank?

  2. Terima kasih tuan..sangat membantu post ini..baru tadi call balik cimb alhamdulillah dpt balik refund rm500 slps first report rabu last week..isnin hri nie dah dpt..,,đŸ€Č

  3. Pada malam sabtu jam 10.34pm
    saya keluar kan dekat mesin atm affin bank.di bukit bunga …
    Saya keluar sejumlah rm500 ringgit …mesin telah pun potong baki simpanan saya tapi duit dengan resit tak keluar dari mesin tersebut. Caht simpanan saya..bank simpanan nasional….

  4. Mak saya cucuk duit di muamalat tak sempat tekan amount tiba dia dh bunyik proses duit mak saya tunggu 10 minit kat mesin kad keluar resit keluar rm600 mulut mesin tu tak keluar duit.
    Selama 10 minit mak tunggu dia panggil pegawai bank muamalat dia kata kena pergi ke cimb untuk buat surat tentang pengeluaran,
    Soalan nya kenapa belum tekan amount dia dh suka ati keluar roll duit utk keluar dan resit tulis rm600 sedangkan tak tekan lagi jumlah pengeluaran.

    Adakah kita yg tak bersalah kena tunggu sampai 7 ke 14 hari atas kesilapan bank ini.

    Mesin mereka masalah kita yg terbeban
    Mak saya keluar nak beli barang kesian dia tak ada duit nak beli brg rumah pada masa tu.

    Mohon penjelasan tuan/puan yang baca…

    1. Hi lina,berdsrkn situasi yg emak lina alami tu saya rasa masalah adalah pada mesin atm tue.Saya cadangkan buat aduan pada bank mesin atm tue mengenai masalah yang dihadapi.Aduan yang dibuat mungkin boleh membantu mereka yang lain,yang mungkin akan alami masalah yang sama jgk nnt.

  5. Pingback: Terima Kasih Kepada 10k Unique Visitor Pada Tahun 2022 - MOHD HARITH

  6. NAZIMAH BINTI ABDULLAH

    Salam,sy g atm,duit xkluar…tp ada penolakan….call careline mybank,tp sy fhm sgt….kna tkn nom brp ye utk masalah ni….careline ckp tkn 40….tp sy dh tkn….xdpt pom

  7. Bulan lepas sy dah kena RM100
    Malangnya resit sy buang..disebabkan sy xthu apa2.. Cuma pergi check balance dekat atm lain je..balance sudah dipotong..bila dengar org cakap nak mmg perlukan resit..jadi sy biarkan..

    Hari ni pagi2 lagi kena lagi,,tp situasinya lain sikit..RM400 duit xkeluar,hanya keluar kad dengan resit je..Yg peliknya dekat resit dia tulis CASH WITHDRAWAL
    Amount RM400 meps fee RM1.00
    Lepas tu sy pergi check baki dekat atm lain.. Masih ada baki kat dlm bank..tp tak boleh nak dikeluarkan..
    Malangnya nasib kedua kes Terkena Atm yg sama

    Alhamdulillah baru nampak kat resit transaction not permitted
    Harap2 boleh keluarkan nnt…

  8. Hai,nak tanya ,
    Saya cuba keluarkan duit 300 pakai kad bsn di caltex bank rakyat,tapi mesin tu tulis transaksi dibatalkan,tak keluar resit rasanya,tapi amount dalam bank ditolak,macam mana nak claim semula ya,tiba2 terdetik hati nak check semula amount

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *