Apabila datang sahaja tahun baru,kebiasaannya masing-masing akan bermula dengan azam apa yang mahu dicapai.Ada yang mahu hilangkan berat badan,mencari pekerjaan baru,mencari jodoh dan lain-lain.Mereka yang berazam biasanya memikirkan perkara yang mereka azam tersebut dalam fikiran mereka dan seterusnya akan melakukan tindakan untuk mencapai azam tersebut.

Tetapi jika anda mempunyai mentaliti seperti ini iaitu hanya mempunyai azam yang hanya anda fikirkan di dalam fikiran,anda tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan minda anda yang sebenar.Penetapan azam atau matlamat yang sebenar memang bermula di fikiran,tetapi ianya perlu diterjemahkan ke atas kertas.Anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan tersebut ke atas sehelai kertas dan keajaiban akan berlaku.
Banyak kajian di luar negara yang menunjukkan mereka yang menulis matlamat mereka di atas kertas,mempunyai peratusan yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut berbanding mereka yang tidak menulis matlamat di atas kertas.Dengan menulis matlamat di atas kertas,anda seolah-olah menggunakan kuasa minda anda untuk mencapai matlamat tersebut Matlamat yang ditulis ini akan tersemat rapi di dalam minda anda,dan minda anda juga akan membantu anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Jadi,langkah mudah untuk tahun 2022 ini ialah tulis matlamat yang anda mahu capai tersebut di atas kertas.Gunakan pen dan tulis segala-galanya yang tersemat di fikiran anda.Dengan menulis matlamat juga,anda akan lebih mengolah diri anda untuk melakukan perkara yang patut bagi mencapai matlamat tersebut.