Skip to content

Misteri Cuaca Tidak Menentu-Part 1

Cuaca memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.Dengan cuaca yang baik kita boleh melakukan aktiviti harian dengan mudah,dan jika cuaca tidak baik aktiviti harian kita akan terbantut dan boleh menjejaskan produktiviti seharian kita.Jika peranan cuaca ini sangat besar pada manusia,adakah kemungkinan cuaca juga boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu?

Jawapannya ialah YA,cuaca boleh dimanipulasi.Perkara ini luar dari logik pemikiran kita tetapi teknologi sekarang sudah semakin jauh ke hadapan dan perkara ini tidak lagi mustahil.Cuaca terutamanya hujan tidak lagi menjadi satu keadaan yang terjadi secara semulajadi.Jika anda tinggal di lembah Klang,anda sudah boleh congak sendiri keadaan cuaca dan seperti cuaca itu di luar kebiasaan.Contoh pagi panas,tengahari redup dan petang hujan.Kadang setiap petang akan hujan.Persoalannya normalkah taburan hujan seperti ini yang kerap dan bukan terjadi pada musimnya?

Kita bermula mengenai misteri cuaca ini dari bawah.Sekarang anda lihat keadaan langit di luar rumah anda terutamanya pada setiap pagi dan lihat apa yang anda nampak.Adakah anda tengok bentuk awan seperti biasa? Jika anda bertuah pada masa itu,anda akan lihat satu pesawat kecil seperti kapal terbang yang apabila ianya meluncur akan keluar garisan putih yang panjang.Adakah normal pesawat ringan mengeluarkan asap atau garisan putih tersebut seperti gambarajah di bawah?

Sesuatu yang lagi menarik untuk dilakukan,jika setiap hari anda bekerja keluar dari rumah jangan lupa lihat keadaan langit di rumah anda.Jika anda kerap nampak pesawat ringan mengeluarkan asap putih seperti dalam gambar tersebut,sudah pasti perkara ini tidak normal kerana ianya terlalu kerap berlaku.

Comments are closed.