Skip to content

Notebook Mampu Milik Harga Di Bawah 1K

Hari ini saya akan review notebook yang saya sendiri beli dan guna iaitu Model Teclast F5.Anda mungkin pertama kali dengar mengenai jenama ini kan.Jenama Teclast ialah jenama yang berasal dari negara China.Dulu beli laptop tidak pernah terfikir nak beli model China sebab biasa model laptop popular ialah seperti Acer,Dell,Hp,Samsung dan lain-lain.Tapi di zaman sekarang,model barang elektronik dari negara China memang boleh mengalahkan jenama besar yang lain.

Notebook ini mempunyai spesifikasi seperti berikut:

  • 360 Degree Flip-and-fold Touch Screen (Notebook yang boleh bertukar ke mode tablet dengan hanya melipat skrin)
  • 11.6 inch 1920×1080 Full Laminated IPS Display (Skrin sesentuh)
  • Intel 8th Gemini Lake Processor (Intel Celeron N4100 CPU @ 1.10GHZ ,4 Core)
  • 8GB RAM + 256GB SSD (M.2 SSD)
  • 9th Generation HD Graphics
  • USB & Type-C Port (charging guna Type-C & 1 micro usb di mana perlu pakai adaptor micro to usb untuk sambung pendrive dll)
  • Pre Installed Windows 10 Home (sudah activate) dan microsoft office 365 (perlukan activation)

Amacam bila tengok spec notebook ini? Bagi saya kalau anda perlukan notebook yang ringan dan kecil dan dapat bantu anda untuk buat kerja yang light seperti web browsing,microsoft office dll ini sudah memadai.Tambahan lagi kelebihan laptop ini ialah saiznya yang lebih kecil dari kertas A4 dan berat hanya 1kg.Kelebihan lain laptop ini ialah hard disk yang menggunakan SSD yang bersaiz besar iaitu 256GB.

Kekurangan Notebook ini:

  • Tiada standard usb,hanya menggunakan micro usb di mana perlu pakai adapter micro to usb jika ingin sambung kepada pendrive atau mouse.
  • Kadang boleh terasa kepanasan notebook jika anda menggunakannya pada jangka masa yang panjang.Ini kerana binaan notebook ini sendiri yang compact sehingga tiada external fan macam laptop biasa.
  • Power button adalah pada bahagian panel sebelah kiri,di mana kadang-kadang butang ini mudah tertekan.Bile tertekan notebook akan berada pada standby mode.

Kelebihan Notebook ini:

  • Sangat mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan
  • Sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang ringan seperti web browsing,office work seperti menggunakan microsoft word,excel dll.
  • Boleh bertukar ke mode tablet dengan hanya melipat skrin.
  • Storage boleh support sd card.

6 thoughts on “Notebook Mampu Milik Harga Di Bawah 1K”

  1. I’m grateful. I have been looking for information on this subject for a time, and this is the best resource I have discovered thus far. What about the bottom line, though? Do you know for sure what the supply is?

  2. I loved even more than you will get done right here. The overall look is nice, and the writing is stylish, but there’s something off about the way you write that makes me think that you should be careful what you say next. I will definitely be back again and again if you protect this hike.

Comments are closed.