Skip to content

Penetapan Matlamat-24 June 2023

Pada post saya sebelum ini saya telah membuat satu resolusi untuk mencapai 1 Matlamat 1 Bulan.Kenapa saya berani letakkan masa hanya pada 1 bulan? Ini kerana berdasarkan pengalaman saya sebelum ini perkara ini tidak mustahil jika menggunakan kaedah visualisasi untuk mencapainya.Anda mungkin pertama kali mendengar kaedah visualisasi.Di masa akan datang saya akan buat satu post mengenai ini.Saya telah buat post mengenai visualisasi sebelum ini tetapi pada masa itu blog saya mengalami masalah teknikal dan post lama saya banyak hilang.

Saya pernah tetapkan matlamat mustahil sebelum ini dan hampir mencapainya,cuma sedikit kesilapan saya tidak berapa konsisten dan tidak bertindak atas usaha tersebut.Saya juga akui tidak berapa komited untuk mencapai matlamat-matlamat sebelum ini.Saya juga manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Sekarang saya ingin membaiki kesilapan saya dan ingin menjadi lebih komited untuk capai matlamat saya.

Jadi untuk 1 Matlamat 1 Bulan,pertama saya saya perlu jelas dengan apa yang saya mahu.Saya tulis apa yang saya nak di atas sekeping kertas.Saya terus tetapkan matlamat yang saya mahu dengan tarikh sekali bila saya mahu mencapainya.Ada 6 matlamat kesemuanya.Matlamat 1 saya labelkan sebagai A,matlamat 2 sebagai B dan seterusnya.Matlamat A ini paling penting saya mahu capai.Saya tidak mahu nyatakan apa itu matlamat A saya ingin capai kerana ini amat peribadi untuk saya.Jadi di sini,saya nyatakan proses atau langkah yang saya buat.

Pada 20 June 2023,saya tulis semua 6 matlamat tersebut di atas sekeping kertas.Sekarang saya jelas dengan apa saya nak.Seterusnya saya membuat keputusan untuk menggunakan 3 strategi utama untuk mencapai matlamat tadi iaitu dengan menggunakan Vision board,affirmation dan visualisasi.Gabungan ketiga-tiga strategi ini bagi saya agak mantap untuk penetapan matlamat.

Saya juga terus menetapkan action plan untuk mula menggunakan visualisasi pada 20 June 2023.Saya telah mereka satu jadual visualisasi selama 3 minggu.Jadual ini akan saya share kemudian.Selepas itu saya mulakan kaedah visualisasi selama 2 kali dalam satu hari iaitu pagi dan sebelum tidur.Saya konsisten melakukan kaedah visualisasi ini selama lebih kurang 3 hari berturut-turut (ada masa saya terlepas kerana kepenatan kerja dan kesuntukan masa).Keajaiban bila melakukan visualisasi ini (dengan izin Allah jgk) ialah akan berlaku satu yang saya panggil synchronicity atau signal yang nampak mustahil boleh berlaku tetapi boleh.Ini kerana dalam visualisasi ini semua mengenai possibility apa yang anda mahu.

Jadi pada 24 June 2023,saya dapat signal ini.Bagi saya agak pelik kerana tiba-tiba ianya berlaku tetapi itulah synchronicity.Apa yang penting bila dapat signal ini ialah kena terus bertindak dan akan dapat hasilnya.Jadi saya terus bertindak atas signal ini.Bagi saya ini adalah satu permulaan yang baik kerana sudah lama sebelum ini saya tidak konsisten dalam visualisasi ini sebab kesibukan kerja.