Skip to content

Penetapan Matlamat Gaya G.S.T.T

Apabila tiba tahun baru,semua akan sibuk untuk memperbaharui matlamat masing-masing.Ada matlamat yang telah dicapai dan ada yang belum dicapai.Ada yang hanya bawa balik matlamat tahun lepas ke tahun baru.Saya pasti kebanyakan orang hanya menetapkan matlamat mereka di dalam fikiran dan matlamat tersebut akan terngiang-ngiang di dalam minda.Tahukah anda jika anda mempunyai mindset menetapkan matlamat seperti ini,anda tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan diri anda?

Ini kerana kajian telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai matlamat dan menulis matlamat mereka di atas kertas,mempunyai peratusan yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut berbanding dengan mereka yang hanya menetapkan matlamat tersebut di fikiran.Di sini,dapat dilihat jika anda mahu menggunakan sepenuhnya kemampuan diri anda yang sebenar,anda perlu menulis matlamat tersebut di atas kertas.Perkara ini nampak biasa tetapi bila anda sendiri yang melakukannya,keajaiban akan berlaku.Menulis matlamat di atas kertas akan lebih mengaktifkan sel-sel otak anda,kerana anda menggunakan kemampuan fizikal anda iaitu tangan untuk menulis dan menterjemahkan matlamat tersebut di atas kertas.Perumpamaan Ini seperti menggunakan gam untuk melekatkan kertas dan anda mahu matlamat anda tersebut sentiasa kekal berada di dalam fikiran anda.

Penetapan matlamat gaya G.S.T.T ini ialah bermaksud GOAL,STRATEGY,TACTICS dan TIMELINES.Pertama anda perlu mempunyai GOAL (matlamat).Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas dan bukannya matlamat yang umum.Contoh anda ingin menjadi kaya.Matlamat jadi kaya terlalu umum.Anda perlu spesifikkan matlamat tersebut seperti anda ingin menjana pendapatan 6K sebulan secara separuh masa.Lagi jelas matlamat anda lagi baik.

Selepas matlamat telah ditetapkan anda perlu mempunyai STRATEGY (strategi) bagi mencapai matlamat tersebut.Contoh matlamat anda tadi ialah ingin menjana pendapatan 6K sebulan secara separuh masa.Contoh strategi anda di sini ialah mencari produk hot di pasaran yang mempunyai permintaan tinggi.Strategi yang anda mahu gunakan boleh ditambah samada 1,2 atau 3.Digalakkan anda mempunyai minimum 3 strategi.

Selepas strategi telah ditetapkan,anda perlu mempunyai TACTICS (taktik) bagi mencapai strategi tersebut.Contoh di atas tadi,strategi anda ialah mencari produk hot di pasaran yang mempunyai permintaan tinggi.Taktik ialah apa tindakan yang anda perlu buat bagi mencapai strategi tersebut.Contoh di sini ialah menyertai laman group Facebook yang membincangkan mengenai produk hot.Taktik yang anda mahu gunakan juga boleh ditambah seperti strategi dan digalakkan anda mempunyai 3 taktik.

Setelah selesai kesemua tersebut,akhir sekali anda perlu mempunyai TIMELINES (jangkamasa) untuk mencapai matlamat tersebut.Minda anda sukakan perkara ini dan dengan mempunyai jangkamasa,anda akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut sebelum tarikhnya.Di sini,anda perlu menulis tarikh bila anda akan capai matlamat tersebut.Bagi ruang kepada diri anda untuk menetapkan tarikh yang realistik untuk dicapai.Gunakan teknik penetapan matlamat gaya G.S.T.T ini dan anda akan lihat matlamat anda tidak mustahil untuk dicapai,jika anda menulisnya dan anda membuat perkara setiap hari yang akan membantu anda untuk mencapai matlamat tersebut.