Aku jarang-jarang naik bas balik ke kampung.Atas urusan yang mustahak,menaiki bas adalah satu pilihan yang baik kerana jimat dari segi tol,minyak dan tidak perlu penat memandu kereta.
Pada hari ini 15 july 2023 aku naik la bas XX ni.Perjalanan bermula pada pukul 9.30am dan pada pukul 2pm iaitu lebih kurang 5 jam perjalanan baru bas ini berhenti untuk berehat.Sepanjang perjalanan ni normal la ada keinginan nak pergi ke tandas tapi perlu tahan kerana perlu tunggu bas berhenti iaitu pada pukul 2pm.Kalau drive bawa kereta sendiri 5 jam ni confirm sudah 2@3 kali berhenti.
Jadi bila bas dah berhenti RNR nie,aku tanya la driver bas rehat untuk berapa lama sejam ker dan die ckp setengah jam jer,mana boleh rehat lama-lama.Jadi kalut la aku tergesa gesa nak pergi ke tandas,makan dan solat dalam masa setengah jam sahaja.Driver bas ingat kita robot ker rehat setengah jam sahaja untuk 5 jam perjalanan.Bagi aku driver bas patut bertimbang rasa pada penumpang.Kalau dah 5 jam perjalanan sekali jer berhenti bagi la rehat paling kurang sejam.Apa la sangat nak dikejar pada trip waktu perjalanan.Keselesaan dan kepuasan penumpang lebih penting sebenarnya.
Di sini aku hanya meluahkan ketidakpuasan hati sebagai penumpang.Aku sudah cukup baik kerana tidak menyebut dengan jelas nama bas XX dan nombor platnya yang aku naik pada hari ini.Sekian.