Skip to content

Perjalanan Untuk Capai Matlamat Yang Mustahil-Pengenalan

Nama saya Mohd Harith,pada bulan ini hari selasa bertarikh 20 Jun 2023 saya terfikir untuk buat satu challenge pada diri saya sendiri iaitu untuk capai 1 matlamat setiap bulan selama 6 bulan.Kiranya ada 6 matlamat utama dalam hidup saya yang betul-betul saya ingin capai.Cabarannya ialah untuk capai setiap matlamat tersebut selama 1 bulan sehinggalah bulan ke 6 saya akan berjaya untuk capai kesemua matlamat tersebut.Misi mustahil tetapi dalam hidup tiada yang mustahil jika ada usaha untuk mencapainya!

1 MATLAMAT = 1 BULAN = SELAMA 6 BULAN

Jadi kenapa nak capai matlamat pun nak share dlm blog? bukan nak menunjuk sangat ker? Sebenarnya saya tiada niat nak menunjuk pun,hanya untuk share pada anda semua pembaca blog saya.Mana tahu teknik atau kaedah saya pakai ini boleh membantu anda juga untuk mencapai matlamat.Lagipun saya nak jadikan perjalanan saya ini lebih menarik dan mencabar.Sebab lain ialah saya ingin buat kelainan.Untuk tahun 2023 ini banyak benda baru telah saya lakukan dalam hidup saya.

Matlamat saya ini ada beberapa agak personal bagi saya dan mungkin ada satu dua matlamat yang akan saya share dengan detail apa yang saya mahu.Jadi,nantikan weblog untuk episod seterusnya dalam perjalanan saya untuk mencapai matlamat tersebut.Kalau anda jenis suka membaca,kita satu geng! saya jenis suka menulis dan dengan penulisan saya rasa idea atau pengalaman saya akan lebih dapat diterjemahkan dengan lebih baik!