Skip to content

Potensi Minda

Minda atau otak berfungsi seolah cip pemprosesan utama tubuh manusia yang mengawal dan berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain dalam badan.Otak adalah suatu sistem biologi yang amat kompleks dan boleh menyimpan banyak maklumat.

Teori mengatakan manusia menggunakan keupayaan otak mereka hanya sekitar 1-10% sahaja.Secara puratanya,penyelidik berpendapat manusia hanya menggunakan 1% daripada potensi otak mereka.Menurut Tony Buzan (1993),seorang pencipta peta minda yang terkenal menyatakan bahawa potensi otaknya adalah kurang daripada 1%.

Idealnya,manusia yang hebat akan menggunakan keseluruhan keupayaan otak mereka seperti Winston Churchill yang terkenal dengan “zigzag lightning in the brain”.Otak manusia mengalami proses berfikir yang berlaku pada tahap persepi dan logik.Terdapat tiga jenis persepsi yang boleh berlaku iaitu persepsi auditori (berasaskan deria pendengaran),persepsi visual (berasaskan deria penglihatan) dan persepsi kinestetik-tactile (berasaskan deria rasa,sentuh dan hidu).