Sudah sebulan aku berpuasa di bulan Ramadan.Puasa ramadan pada tahun ini 2021 berbeza dari tahun sebelumnya kerana pada tahun ini boleh solat sunat terawih di masjid.Beginilah hidup di zaman serba moden di mana virus Covid berleluasa sehingga sekatan demi sekatan diadakan sampai mahu menjejakkan kaki ke masjid pun susah.Tapi di sebalik kesusahan tersebut,aku bersyukur kerana diberi peluang untuk solat sunat terawih di masjid.Suasana di masjid walau dengan semua SOP semua yang perlu diikuti,yg penting niat di hati ikhlas untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Walau aku tidak selalu berkesempatan ke masjid untuk solat terawih kerana tuntutan kerja,solat masih boleh dilakukan di rumah.Tapi bila ada masa terluang untuk ke masjid akan digunakan dengan sebaik mungkin.Di masjid tempat aku tinggal buat solat terawih 8 rakaat disambung dengan solat witir 3 rakaat.Selepas habis solat terawih 8 rakaat,akan ada satu sesi tazkirah ringkas selama 10-15 min berkenaan agama.Banyak topik yang dikupas agak menarik dan perlu difikirkan kembali.Antara yang ingin dikongsi ialah duit raya yang selalu kita bagi pada 1 Syawal kepada sanak saudara sepatutnya diberi pada bulan Ramadan kerana pahala bersedekah di bulan ramadan adalah berlipat kali ganda banyaknya.Perkara ini sahaja telah membuatkan saya berfikir dan mengubah persepsi saya berkenaan duit raya.Anda pun patut berfikir pasal ini.
Bila diimbas kembali,kita telah berjaya mengharungi sebanyak 30 hari berpuasa menahan lapar,dahaga dan nafsu di bulan ramadan.Jika semasa berpuasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga dan tiada perubahan pada amal ibadah kita,puasa kita tersebut perlu dinilai kembali.Jika puasa sebulan yang telah kita lakukan adalah berjaya,tabiat atau perbuatan baik yang kita lakukan pada bulan ramadan akan kita bawa pada bulan Syawal.Contohnya bersedekah kepada yang memerlukan.Jika pada bulan ramadan kita selalu bersedekah,kenapa tidak selalu bersedekah juga di bulan Syawal.
Semoga bulan syawal ini membawa 1 sinar yang baru dalam hidup anda.Saya sendiri mengharapkan sinar tersebut akan datang dalam hidup saya dan membawa perubahan hidup yang saya impikan,seperti pada suatu awal pagi saya melihat cahaya matahari terbit dan memancar cahayanya dengan terang seperti pada malam sebelum itu adalah malam Lailatul Qadar.Sungguh indah dan semoga hidup anda juga diterangi sinar bulan syawal dan hidup anda dirahmati oleh Allah S.W.T.