Skip to content

Teori Konspirasi

Kembali kepada dua tahun dahulu iaitu pada awal tahun 2020,saya berteori tentang suatu virus yang mengemparkan dunia iaitu virus Covid-19.Kedatangan virus ini bagi saya adalah secara mengejut kerana tiada lagi virus yang boleh merebak secepat ini sehingga satu dunia boleh menerima virus tersebut.Di sini,teori saya amat mudah dan hanya menggunakan pemikiran logik.Teori saya hanya satu iaitu,jika virus Covid-19 ini adalah satu virus yang terjadi secara semulajadi ianya adalah betul-betul virus dan jika virus ini ialah virus buatan (dihasilkan di makmal) sudah pasti ubat atau penawarnya juga adalah dibuat.

Saya berpegang teguh kepada teori ini sehinggalah selepas lebih kurang 2 tahun,penawar bagi Covid-19 ini dihasilkan iaitu sejenis vaksin teknologi MRNA yang dihasilkan sepantas kilat oleh pengeluar vaksin.Ianya vaksin yang tidak seperti vaksin konvensional yang kita dapat sebelum ini.Di sini ingin saya nyatakan yang saya bukan golongan anti vaksin,kerana saya seperti kebanyakan anda semua telah menerima pelbagai jenis vaksin semenjak dari kecil lagi.Saya lebih suka dipanggil golongan PRO SAFE iaitu golongan yang tidak anti kepada vaksin tetapi golongan yang mementingkan mengenai keselamatan vaksin itu sendiri dan juga kebebasan untuk memilih yang terbaik untuk tubuh badan sendiri.

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dibukakan hati untuk mengetahui perkara sebenar berkenaan vaksin ini,di mana kebanyakan yang menerima vaksin MRNA ini masih lagi tidak tahu mengenai perkara sebenar yang masih disembunyikan.Teori yang saya pegang 2 tahun dahulu telah terbukti kebenarannya.Hanya pemikiran logik dan sedikit ilmu mengenai teori konspirasi telah membantu saya membuka hijab yang tersembunyi mengenai vaksin tersebut.Ya,teori konspirasi telah membantu saya.Saya tahu kebanyakan orang akan gelak bila dikatakan saya percaya pada teori ini.Anda perlu GO DEEP mengenai teori konspirasi sebelum gelak kepada saya,kerana saya percaya sesuatu pengetahuan atau ilmu jika terus dicari kita akan menjadi lebih berilmu dan tidak mudah tertipu.Realitinya,hidup di akhir zaman ini tiada lagi yang mustahil,teori konspirasi telah menjadi realiti!

5 thoughts on “Teori Konspirasi”

  1. Simply desire to say your article is as surprising The clearness in your post is simply excellent and i could assume you are an expert on this subject Fine with your permission let me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post Thanks a million and please carry on the gratifying work

Comments are closed.