Skip to content

Tips Mudah Untuk Berubah Tabiat

Tabiat adalah perbuatan yang selalu dilakukan (Kamus Dewan Edisi Keempat).Anda ada tabiat buruk yang ingin diubah? Mengubah tabiat bukan perkara yang mudah tetapi anda boleh mulakannya! Ikuti langkah mudah berikut.

Tindakan untuk berubah tabiat ialah yang penting adalah niat atau kemahuan anda itu sendiri.Jika anda sendiri tidak mahu berubah,tiada orang yang mampu mengubah tabiat anda melainkan diri anda sendiri.Contoh mudah tabiat ialah suka membuang masa menonton rancangan televisyen yang tidak berfaedah.Macam mana cara untuk anda tidak lagi membuang masa dengan menonton televisyen? Caranya adalah mulakan dengan melakukan tabiat yang kecil.Tabiat yang biasa dibuat memang sukar untuk dielak,tetapi jika anda melakukan tabiat yang kecil anda mampu mengubah tabiat tersebut.

Tabiat yang kecil tersebut ialah melakukan aktiviti lain selain menonton televisyen.Katakanlah anda selalu menonton televisyen selepas pulang dari kerja.Apabila balik dari kerja anda penat dan ingin berehat,jadi anda terus mencapai butang kawalan televisyen dan membuka siaran yang anda mahu tengok.Perkara ini jika selalu dilakukan akan menjadi “default mode” pada diri anda.Jadi anda tidak mahu tabiat buruk ini,caranya anda perlu melakukan aktiviti lain sejurus dari pulang dari kerja.Contohnya,anda boleh terus membaca buku atau bahan bacaan yang anda minat.Secara tidak langsung,anda telah melakukan satu tabiat yang baru dan luar dari kebiasaan anda.Terus lakukan aktiviti lain ini sehingga beberapa minggu sehingga anda tidak lagi berasa untuk melihat televisyen selepas pulang dari kerja,sebaliknya anda lebih ingin membaca buku.

Perubahan sikap ini dinamakan TANGGA atau “STEPLADDER”.Ini bermaksud anda lakukan langkah-langkah kecil untuk mencapai matlamat besar anda.Seperti contoh situasi yang saya huraikan di atas.Matlamat besar anda adalah ingin meninggalkan sikap menonton televisyen selepas pulang dari kerja.Langkah kecil anda ialah melakukan aktiviti lain iaitu membaca buku.Langkah kecil ini jika anda terus untuk melakukannya akan membawa kepada pencapaian matlamat besar anda.Langkah kecil ini secara automatiknya akan menjadi tabiat yang akan anda buat dengan sendiri jika anda terus mengamalkannya,dan secara automatik juga anda akan semakin meninggalkan tabiat buruk anda iaitu menonton televisyen.

Kata kunci di sini untuk mengubah tabiat ialah anda melakukan satu tabiat lain dan luar dari kebiasaan tabiat yang biasa anda buat tersebut.Perubahan sesuatu tabiat boleh mengambil masa selama beberapa minggu.Yang penting di sini anda terus konsisten melakukan tabiat baru tersebut sehinggalah tabiat baru anda tersebut menjadi “default mode” diri anda yang baru untuk mengantikan tabiat anda yang lama.Tetapi tidak dinafikan kemahuan diri anda sendiri hendaklah kuat jika mahu mengubah sesuatu tabiat.Mulakan langkah pertama anda untuk mengubah tabiat buruk anda.Langkah pertama akan menghasilkan momentum untuk anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.