Skip to content

Tukar Kad Pengenalan Rosak Sepantas 30 Minit

Ya,jika anda seorang warganegara Malaysia dan ingin menukar kad pengenalan (IC) anda yang rosak kepada yang baru.Syarat permohonan penukaran IC ini ialah tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat dan IC anda boleh siap dalam masa 30 minit sahaja.

1.Hubungi talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di talian 03-88808066 dan nyatakan anda ingin menukar IC rosak kepada yang baru.Anda perlu melalui beberapa verifikasi soalan untuk pengesahan.

2.Selepas proses verifikasi selesai,anda boleh nyatakan di mana mahu ambil kad pengenalan anda yang baru tersebut.Anda boleh pergi ke JPN Putrajaya atau mana-mana UTC berhampiran anda yang mempunyai JPN.

3.Pergi ke JPN,ambil nombor giliran dan setelah nama anda dipanggil staff kaunter akan meminta IC lama yang rosak dan anda perlu buat pengesahan cap jari.

4.Selepas itu,bayar RM10 dan anda akan mendapat IC yang baru.

IC baru mempunyai kapasiti data 80k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya.Aplikasi Touch n Go telah sedia ada dengan IC baru ini dan anda hanya perlu topup duit ke dalam kad untuk menggunakannya.Selamat menukar IC yang rosak kepada yang baru!